![Syafaat Al-Qur'an Bagi Pembacanya Syafaat Al-Qur'an Bagi Pembacanya](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkLDEOjlt9Y8i43B6ZEj-oj0wx1nBqj9n764NP5Z65K-ee2bcFFAPsVA7E3Nl79kfowPrSRbg2XGuU-CBFhFKoklrHNJjQZH52a3_iGx6ix8LqceHW_sHtQuKjRxEgfp5rBinW6NalF5w/s400/download.jpg)
Kitab suci al-Qur'an yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada
Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan kitab suci yang sempurna dan lengkap, dan
menjadi peduman hidup manusia di dunia. Al-Qur'anul karim perlu dibaca,
difahami, diyakini dan dilaksanakan dalam kehidupan.
Al-Imam
As-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata, "Pesanku kepadamu wahai
saudara-saudara...hendaklah sentiasa menghubungkan diri dengan al-Qur'an pada
setiap detik dan masa. Andaikata saudara melakukan sedemikian, nescaya saudara
akan merasa betapa agungnya Pencipta yang Maha Tinggi itu. Sebenarnya siapa
yang berbuat demikian tidak dapat tidak akan bertambah keimanan terhadap
keagungan Pencipta lalu bertambah lagi ketundukannya kepada
kekuasaan-Nya...." Al-Qur'an adalah mukjizat aqaliah iaitu
mukjizat yang berfungsi dan mempunyai kelebihan luar biasa hingga ke hari
kiamat. Membaca al-Qur'an akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. digandakan
hingga 10 kali ganda.
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya:“Bacalah al- Qur'an kerana ia akan datang pada
hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”(Hadis Riwayat
Muslim)
Di
dalam sebuah hadis lain Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Pada hari kiamat
nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang
lebih tinggi daripada Al-Qur'an, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.
Melalui
hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Qur'an adalah pemberi syafaat
yang mana syafaatnya akan diterima oleh Allah s.w.t. Terdapat satu riwayat
menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk
melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian
kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara
dadanya dan kain kafan itu.
Bila
selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih
kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir mencoba
untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan
mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa ada gangguan.
Tetapi
orang yang kacak itu akan berkata:“Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi
aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke Syurga!”
Selepas
itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
“Akulah
Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan
dan kadang kala dengan suara yang kuat.”
“Janganlah
engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan
berasa dukacita lagi”
Bila
pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan
sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari Syurga.
Alangkah
indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang
tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja, tanpa berusaha
untuk mendekati dan merebut syafaat itu,semoga kita tidak termasuk orang-orang yang rugi. Amien.
Hadist-hadist
Nabi yang berkaitan :
عَنْ
أبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ
اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ :
اقْرَءُوا
الْقُرْآنَ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ.
رواه
مسلم
Abu
Umamah al-Bahili ra berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
Bacalah
al-Qur’an karena ia akan memberikan syafaat kepada para “sahabatnya”.
Hadis sahih,
diriwayatkan oleh Muslim (hadis no. 1337).
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلّى
اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ :
يُقَالُ
لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي
الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا.
رواه
الترمذي
Abdullah
ibn ‘Amru ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Dikatakan
kepada sahabat al-Qur’an: Bacalah dan naiklah !. Bacalah sebagaimana yang biasa
kalian baca ketika di dunia, sesungguhnya posisi kalian adalah pada akhir ayat
yang kalian baca.
Hadis sahih,
diriwayatkan oleh al-Tirmizi (hadis no. 2838), beliau berkata: Hadis ini Hasan
Sahih.
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ
وسَلَّم قَالَ:
يَجِيءُ
الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ: يَا رَبِّ حَلِّهِ. فَيُلْبَسُ تَاجَ
الْكَرَامَةِ .ثُمَّ يَقُولُ: يَا رَبِّ زِدْهُ. فَيُلْبَسُ حُلَّةَ الْكَرَامَةِ.
ثُمَّ يَقُولُ: يَا رَبِّ ارْضَ عَنْهُ. فَيَرْضَى عَنْهُ. فَيُقَالُ لَهُ:
اقْرَأْ وَارْقَ. وَتُزَادُ بِكُلِّ آيَةٍ حَسَنَةً.
رواه
الترمذي
Abu
Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda :
Pada
hari kiamat nanti al-Qur’an akan datang dan berkata : Wahai Tuhan berilah ia
perhiasan. Maka dipakaikanlah mahkota kemuliaan. Kemudian al-Qur’an berkata
lagi : Wahai Tuhan tambahkanlah. Maka dipakaikanlah perhiasan kemuliaan.
Kemudia al-Qur’an berkata lagi : Wahai Tuhan Ridoilah ia. Maka Tuhanpun
meridoinya. Kemudian dikatakan kepadanya : Bacalah dan naiklah ! Maka
untuk setiap ayat yang dibacanya akan ditambahkan satu kebaikan.
Hadis sahih,
diriwayatkan oleh al-Tirmizi (hadis no. 2839), beliau berkata: Hadis ini Hasan
Sahih.
عَنْ
عَلِيِّ بْنِ أَبي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم :
مَنْ
قَرَأَ الْقُرْآنَ وَاسْتَظْهَرَهُ، فَأَحَلَّ حَلالَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ،
أَدْخَلَهُ اللَّهُ بِهِ الْجَنَّةَ، وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ
بَيْتِهِ، كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ.
رواه
الترمذي
Ali
ibn Abi Talib ra berkata : Rasulullah saw bersabda :
Barangsiapa
yang membaca al-Qur’an dan menampakkannya dengan menghalalkan apa yang
dihalalkan al-Qur’an dan mengharamkan apa yang diharamkannya, maka Allah akan
masukkan orang tersebut ke dalam surga dan diberi hak untuk memberi syafa’at/pertolongan
kepada sepuluh orang karabatnya yang semuanya sudah ditentukan masuk ke dalam
neraka.
Hadis da’if,
diriwayatkan oleh al-Tirmizi (hn 2830). Menurut beliau, dalam sanad hadis ini
terdapat perawi yang dinilai da’if, yaitu Hafs bin Sulaiman. (lihat
biografinya dalam kitab Tahdzib al-Kamal, karya al-Mizzi, jil VII, h.
10-12; Taqrib al-Tahdzib, karya Ibn Hajar, h. 172)
Saya mohon untuk share
BalasHapusMohon untuk dishare
BalasHapusHow to make an omega-shaped Triton Omega Habanero using
BalasHapus› habanero-with-buns › habanero-with-buns This is titanium iv chloride the perfect recipe for a titanium tent stakes classic hot sauce that's versatile, with titanium earrings for sensitive ears a titanium phone case simple and versatile mens black titanium wedding bands recipe, great for any kind of breakfast or lunch.
l069w2xgvpb135 realistic dildos,penis rings,sex toys,sex chair,sex chair,sex toys,vibrators,vibrators,dog dildo r524h4vbxrk852
BalasHapus